Khamis, 9 Oktober 2014




Pada 08 Oktober 2014, dua kumpulan pelajar telah terpilih sebagai 10 finalis mewakili zon Selatan untuk negeri Melaka menyertai Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 bertemakan "Jalur Lebar melalui Pendidikan". Satu kumpulan dengan hasil karya "Persahabatan" dan satu kumpulan lagi bertajuk "Masa" telah pergi ke Hotel Thistle, Johor Bahru untuk menerima hadiah kemenangan.

Tidak disangka kerana hasil karya video bertajuk "Persahabatan" telah diumumkan sebagai Johan mewakili negeri Melaka dengan menerima hadiah berupa RM5000 dan kamera digital serta sijil. Secara tidak langsung, Video bertajuk "Persahabatan" layak untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur kelak.

Hasil karya bertajuk "Masa" hanya mendapat saguhati dengan menerima hadiah berupa RM500 beserta sijil penghargaan.

Peningkatan pencapaian kepada Kelab Multimedia Kreatif kerana pada tahun 2013, tiga kumpulan telah terpilih untuk 10 finalis tetapi ketiga-tiga kumpulan tersebut hanya berjaya menerima saguhati sahaja.

Tahniah diucapkan kepada peserta SMK Munshi Abdullah.
Direka oleh Kamal Munshi | Barisan admin oleh AJK Kelab - SMK Munshi Abdullah , Batu Berendam,Melaka.