Jumaat, 13 Mac 2015

Empat orang peserta dari Tingkatan 5 dan 4 telah terlibat dengan aktivti penghasilan Blog untuk Pertandingan Membina Laman Blog dan BBM Online Tahun 2015. Tema pertandingan ialah "Literasi Maklumat Dalam Kemahiran Befikir Aras Tinggi (KBAT)'.
Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM) dan tarikh tutupnya ialah pada 13 Mac 2015.


Sabtu, 7 Mac 2015

Pada 7 Mac 2015 (Sabtu), Kelab Multimedia Kreatif telah menganjurkan kursus Pengeditan dan Penyuntingan Video bertempat di Kolej Komuniti Jasin. Kursus tersebut lebih mendedahkan kepada pelajar teknik asas dengan menggunakan perisian Adobe Premiere.
Seramai 29 orang pelajar dan 7 orang guru telah terlibat dengan kursus tersebut.

















Isnin, 23 Februari 2015

Pada 23 Feb 2015 (Isnin), satu sesi taklimat Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 telah diadakan di makmal komputer pada pukul 1.10 petang.
Pelajar di dedahkan syarat-syarat pertandingan dan kategori pertandingan yang boleh disertai. Sebagai input, pelajar di hidangkan beberapa video contoh yang pernah memenangi Johan Negeri pada tahun lepas.
Sambutan pada tahun ini, adalah amat menggalakkan dan terdapat peningkatan dalam kumpulan yang menyertainya.




Ahad, 22 Februari 2015

Aplikasi mudah alih atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai “Mobile App” ialah satu aplikasi mudah alih , aplikasi pendek mudah alih atau hanya aplikasi , adalah perisian aplikasi yang direka untuk berjalan di telefon pintar , komputer tablet dan peranti mudah alih yang lain .
      Apps biasanya boleh didapati melalui platform pengedaran permohonan , yang mula muncul pada tahun 2008 dan biasanya dikendalikan oleh pemilik sistem operasi mudah alih, seperti Apple App Store, Google Play , Windows Telefon Store, dan BlackBerry App World. Sesetengah aplikasi adalah percuma, manakala yang lain perlu dibeli . Biasanya , mereka turun dari platform ke peranti sasaran, seperti iPhone , BlackBerry , telefon Android atau Windows Telefon, tetapi kadang-kadang mereka boleh dimuat turun ke komputer riba atau komputer meja.
        Juga dipanggil aplikasi mudah alih, ia adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan aplikasi Internet yang berjalan pada telefon pintar dan peranti mudah alih yang lain. Aplikasi mudah alih biasanya membantu pengguna dengan menyambungkan kepada perkhidmatan internet biasanya diakses di desktop atau notebook komputer, atau membantu mereka dengan menjadikannya lebih mudah untuk menggunakan Internet pada peranti mudah alih mereka. Satu aplikasi mudah alih boleh menjadi mudah alih laman web utiliti bookmark, pelanggan mesej segera berasaskan mudah alih, Gmail untuk mudah alih, dan banyak aplikasi lain.

Apa itu perisian mudah alih?

Satu perisian mudah alih (Portable), adalah satu program komputer yang direka untuk dijalankan secara bebas dari sistem operasi. Jenis perisian ini boleh disimpan pada peranti storan boleh tanggal seperti CD, pemacu USB, flash card, atau floppy disk - menyimpan fail-fail program, maklumat konfigurasi dan data pada medium penyimpanan sahaja. Versi mudah alih aplikasi boleh biasanya juga akan digunakan dan bukannya versi dipasang normal, yang sesetengah pengguna mendapati bermanfaat.

Aplikasi mudah alih boleh dijalankan pada mana-mana sistem komputer yang mereka serasi tetapi biasanya memerlukan sistem operasi tertentu (seperti Microsoft Windows XP atau di atas, versi tertentu distro Linux, dan lain-lain)

Bergantung kepada sistem operasi, mudah alih adalah lebih atau kurang kompleks untuk melaksanakan;sistem operasi seperti AmigaOS, semua perisian adalah mengikut definisi mudah alih. Aplikasi mudah alih adalah berbeza dari mudah alih perisian di mana perisian membolehkan kod sumber akan disusun untuk platform komputer yang berbeza.

Dah faham belom? Kalau dah faham kita kenal cameyo pulak. Tak kenal maka tak cinta.

Cameyo

cameyo

Klik gambar untuk pergi ke laman Cameyo.


Cameyo adalah virtualisasi produk aplikasi percuma. Ia menggabungkan teknologi virtualisasi aplikasi terbaik bagi jenis dengan kesederhanaan.

Pakej aplikasi teknologi virtualisasi perisian keseluruhan ke dalam executable berdiri tunggal, menghapuskan keperluan untuk memasang.

Walaupun aplikasi teknologi virtualisasi telah wujud selama bertahun-tahun, baik produk virtualisasi aplikasi telah mahal dan kompleks untuk belajar. Sama ada anda seorang pengguna di rumah atau perusahaan pentadbir IT, mengambil aplikasi anda dengan anda atau menggunakan mereka dengan mudah.

Di Cameyo, kita percaya virtualisasi aplikasi harus dicapai semua orang.

Dengan virtualisasi aplikasi Cameyo, anda boleh pakej keseluruhan permohonan - termasuk semua fail, DLL, registry - ke dalam satu fail tunggal dan membawanya bersama anda di mana-mana, bersama-sama dengan tetapan &data aplikasi. Pada pemacu Dropbox anda, pada USB, di tempat kerja, di rumah, pada laptop anda - menggunakan virtualisasi aplikasi anda tidak lagi perlu memasang semula aplikasi anda lagi dan lagi setiap kali anda bergerak dari satu komputer kepada yang lain. Maya aplikasi mudah alih juga menyimpan komputer anda stabil, mengasingkan aplikasi dari sistem anda. Sama ada anda pengguna di rumah atau pentadbir IT, Cameyo akan menjimatkan masa anda yang berharga ... dan kekecewaan.

Ok. Dah kenalkan. Maka anda akan jatuh cinta dengan dia.

Cara menggunakannya.

1. Anda perlu daftar dulu akaun Cameyo di sini.

2. Download perisian tersebut di laman web Cameyo. (Klik gambar di atas untuk pergi ke laman web Cameyo)

3. Jalankan perisian Cameyo tersebut. Perisian cameyo tidak perlu di install. Paparan gambar seperti di bawah.

cameyo 1


4. Pilih 'Capture app locally'. Anda akan nampak satu papar di sebelah kanan bawah skrin komputer seperti berikut.


cameyo 2

5. Tunggu Cameyo untuk melakukan pra-imbasan untuk sistem anda. Setelah selesai, paparan ini akan keluar dan anda boleh mula pasang perisian yang anda pilih.


cameyo 3



6. Setelah siap pemasangan. Klik 'Install done'.

7. Tunggu perisian Cameyo untuk membina perisian anda. Ia mengambil beberapa minit untuk selesai.


cameyo 4



8. Apabila ia selesai membina perisian anda. Paparan seperti berikut akan muncul.


cameyo 5



7. Perisian anda telah pun jadi versi mudah alih. Anda boleh terus menggunakan perisian tersebut atau suntik ia dengan mengklik pada 'Edit package'.


 CARA MEMBUAT APLIKASI MUDAH ALIH
 CARA MEMBUAT APLIKASI ANDROID

Nama Raspberry Pi mungkin tidak asing buat kebanyakkan pengguna pada hari ini. Beberapa bulan yang lepas, mereka telah sedia mengumumkan telah menjual lebih kurang 2 juta unit diseluruh dunia, dan jualannya terus bertambah dari hari ke hari.
Apakah itu Raspberry Pi
Jadi, semestinya ramai yang tertanya-tanya apakah itu Raspberry Pi. Secara ringkasnya, ia boleh dikatakan sebagai sebuah komputer bersaiz mini dengan beberapa fungsi asas melaluinya.
Raspberry Pi hadir dalam saiz sebesar lebih kurang kad pengenalan kita, dimana beberapa komponen utama disertakan bersama-sama dengannya. Boleh dikatakan ia dibangunkan dalam memudahkan lebih ramai mempelajari pelbagai perkara berkaitan perkomputeran menggunakannya tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.
Raspberry Pi
Ia hadir dengan beberapa port terbina seperti HDMI (untuk dihubungkan ke monitor atau televisyen), port USB (untuk tetikus dan papan kekunci), dan juga port mikro-SD (untuk ruangan sistem dan fail). Ia hadir dalam dua variasi, iaitu set A dan juga Set B. Membezakannya, Set B untuk Raspberry Pi turut hadir dengan sokongan port Ethernet yang membolehkan pengguna menghubungkan talian internet melaluinya. Untuk sokongan kuasa, ia menggunakan kabel mikro-USB yang sedia digunakan pada pelbagai peranti mudah-alih hari ini.
Raspberry Pi
Bercakap mengenai sokongan HDMI, mungkin sekiranya anda ingin menggunakan monitor lama, ia tidak menyokongnya. Untuk mengatasi perkara ini, anda terlebih dahulu perlu mendapatkanconverter daripada HDMI ke VGA sebelum dapat menggunakannya. Namun, sekiranya ingin menghubungkan ke monitor versi baru, mungkin anda tidak menghadapi sebarang masalah menggunakan kabel HDMI.
Kabel HDMI ke VGA
Untuk makluman, beberapa penjual hanya menjualnya tanpa sebarang kotak dan hanya ditawarkan dalam bentuk “papan litar”. Perkara ini adalah disebabkan ingin mengurangkan kos jualannya, sekaligus membolehkan lebih ramai mampu membelinya. Sekiranya anda membeli hanya “papan litar” sahaja, terdapat beberapa cara untuk mendapatkan kotak pelindungnya, termasuk dalam bentuk kad yang boleh dicetak dan dibuat sendiri.
Sistem Operasi
Raspberry Pi menyokong beberapa sistem operasi yang dioptimasikan untuknya. Salah satu yang popular adalah Raspbian yang mana merupakan versi Debian untuk Raspberry Pi.
Pihak Raspberry sendiri menyediakan sebuah halaman muat-turun khas untuk beberapa koleksi sistem operasi mereka. Pengguna juga boleh memuat-turun NOOBS yang menyediakan pemasangan mudah untuk pengguna umum.
Namun, saiz fail NOOBS boleh dikatakan agak besar, dan sekiranya pengguna mempunyai sambungan internet yang tidak begitu laju, mungkin boleh memuat-turun sesuatu sistem operasi yang diminati mereka, ataupun Raspbian sekiranya baru ingin mula menggunakan Raspberry Pi.
Pemasangan Sistem Operasi
Untuk tujuan tutorial pengenalan ringkas ini, kami memilih sistem operasi Raspbian untuk dipasang pada kad SD kami. Memandangkan ia hanya menggunakan kad SD untuk simpanan fail dan sistem operasi, maka anda boleh bertukar-tukar sistem operasi dengan hanya menukar kad SD sahaja.
Sebelum memulakan proses pemasangan, anda memerlukan dua perisian tambahan terlebih dahulu, iaitu SD Formatter dan juga Win32DiskImager.
Untuk SD Formatter, ia akan memadam semua data pada kad-SD anda supaya dapat diteruskan dengan proses pemasangan sistem operasi. Untuk makluman anda, selepas memasang sistem operasi pilihan, saiz pada kad-SD anda akan memaparkan sekitar 50MB (atau mungkin berbeza), yang mana jauh lebih sedikit berbanding saiz asal kad-SD. Sekiranya anda ingin mendapatkan semula ruangan tersebut, boleh format menggunakan SD Formatter ini, memandangkan format menggunakan sokongan terbina pada Windows tidak mengembalikan ruangan tersebut sepenuhnya.
SD Formatter
Selesai sahaja format kad-SD anda, seterusnya kita boleh memulakan proses pemasangan sistem operasi. Untuk melakukannya, pengguna memerlukan perisian Win32DiskImager. Prosesnya boleh dikatakan amat mudah. Pengguna hanya perlu menjalankan Win32DiskImager, kemudiannya menggunakannya, hanya perlu memilih fail IMG sistem operasi yang dimuat-turun. Pastikan anda memilih ruangan storan yang tepat ketika proses pemasangannya. Klik pada Write, dan seterusnya ia akan memulakan proses pemasangan sistem operasi pada kad-SD anda yang mungkin mengambil masa beberapa minit.
win32diskimager
Muat-Turun Win32DiskImager
Rujukan Lanjut : eLinux
Sebaik sahaja selesai memasangnya, pengguna boleh menghubungkan ia ke skrin monitor dan mula menggunakan Raspberry Pi seperti komputer biasa.

 Raspbian

VIDEO  KEGUNAAN RASPBERRY Pi


Sabtu, 14 Februari 2015

Pada 14 Feb 2015 (Sabtu), Kelab Multimedia Kreatif telah menganjurkan kursus asas Fotografi dengan kerjasama Kolej Komuniti Jasin.
Kursus tersebut bertempat di Kolej Komuniti Jasin dan di bawah bimbingan pensyarah Fotografi, Encik Syed Muhammad Hafez Al-Idrus Bin Syed Mohamed. Seramai 41 orang pelajar Kelab dan 5 orang guru telah terlibat sebagai peserta.
Kursus asas Fotografi lebih mendedahkan mengenai teknik asas dan pengetahuan mengenai dunia fotografi di samping kelas teori dan amali.



















Jumaat, 28 November 2014

Mula berkecimpung dengan dunia blogging. Pelbagai cabaran dan halangan sepanjang tempoh tersebut. Dalam tempoh tersebut jugak la banyak belajar mengenai ilmu-ilmu yang berkaitan dunia blog. Ilmu-ilmu tersebut banyak belajar sendiri kerana banyak tutorial kat google tu. Cuma perlu ada usaha dan kerajinan untuk mempelajari sesuatu yang kita tidak tahu. Di permulaan menceburi dunia blog ini, memang anda akan rasa zero pengetahuan mengenai semua ini. Bukan anda seorang begitu, tapi semua. Semua orang bermula dari bawah sehingga mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang berfaedah dengan blog mereka. Di sini ingin dikongsikan beberapa cara mudah meningkatkan trafik blog.

CARA MUDAH MENINGKATKAN TRAFIK BLOG


NAMA BLOG

Setiap platform blog mesti mempunyai nama yang tersendiri. Ianya bergantung bergantung owner yang mengendalikan blog tersebut. Pemilihan nama blog adalah sangat penting kerana ianya adalah tunjang untuk orang mengenali dan mengingati blog kita. Kalau boleh, biar la nama blog dan url yang diberikan senang nak sebut, ingati dan yang paling penting adalah senang nak taip di google search. Kebanyakkan nama-nama blog yang banyak digunakan oleh blogger-blogger otai datang dari nama sendiri atau nama panggilan.

TAJUK ENTRI

Tajuk entri juga adalah satu part yang boleh meningkatkan traffik blog. Bagaimana ianya dapat menaikkan traffik blog?. Tajuk yang menarik boleh meningkatkan persepsi pengunjung untuk membuka entri yang anda buat. Buat la tajuk yang berpotensi untuk orang ambik tahu mengenai apa yang kita tulis dalam sesuatu entri. Macam saya sendiri, walaupun tidak pernah mengenali blog tersebut, tapi dengan tajuk entri yang menarik telah cenderung untuk saya klik entri tersebut bagi mengetahui isi kandungan entri itu. Isi kandungan entri mesti berkaitan dengan tajuk entri yang diberikan. Jangan pulak buat tajuk entri pasal A, tapi isi kandungannya pasal B. Dah terpesong namanya tu. Buat la tajuk entri dengan jujur. Jangan kerana ingin menarik traffik yang tinggi, buat tajuk yang hot..tapi, isinya langsung tiada kaitan dengan tajuk. Kalau macam tu, pengunjung akan singgah sekali sahaja. Lepas daripada itu, kita update apa-apa pun orang dah tak nak layan.


KEYWORDS

Penggunaan keyword pada tajuk entri dan dalam entri sangat mempengaruhi traffik blog. Keywords yang boleh meningkatkan traffik yang tinggi ialah keyword yang berkaitan dengan trend yang orang hangat perkatakan pada sesuatu masa. Sebagai contoh, saya pernah mengeluarkan entri berkaitan salji di malaysia. Sehingga kini entri tersebut telah views sebanyak lebih 30 ribu. Ianya kerana, minggu lepas isu mengenai salji akan turun di Malaysia menjadi topik hangat di laman-laman sosial. Daripada isu tersebut, kita boleh mengambil peluang membuat entri berkaitan dengan isu tersebut menggunakan keyword "salji" dan "Malaysia". Kalau nak lebih senang untuk mengetahui keyword yang tengah hot, rajin-rajin la cari keyword yang top di enjin pencarian google.

PING BLOG DAN PING ENTRI

Ini adalah salah satu cara yang mudah untuk mendapatkan traffik ke blog anda. Tak kira la blog anda baru atau lama. Anda boleh menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan Pageviews blog anda. Caranya sangat mudah, cuma anda perlu daftar blog anda di laman-laman ping yang ada. Antara laman ping yang banyak digunakan oleh blogger ialah PingBusuk, OhBelog.comGuaBlog.com dan Blogr.my. Untuk mengetahui banyak lagi mengenai laman ping, anda boleh mengunjungi di entri ini 11 Laman Ping Pilihan Untuk Blog Malaysia. 

Ini sahaja cara yang mudah untuk mendapatkan meningkatkan traffik di blog anda. Kalau ikutkan, banyak lagi cara untuk meningkatkan traffik, cuma anda perlu berusaha lebih untuk mencari ilmu-ilmu tersebut. Semoga sedikit pengkongsian ini boleh memberi panduan kepada blogger-blogger yang baru dalam memulakan penglibatan dalam dunia blogging ini. Semuanya mudah untuk kita pelajari, cuma usaha dan semangat yang diperlukan untuk kita berjaya dalam sesuatu bidang kita ceburi.

Selasa, 18 November 2014

Alhamdulillah, surat yang ditungggu telahpun tiba. Akhirnya Pasukan SMK Munshi Abdullah yang mewakili negeri Melaka untuk Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 telah di jemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah peringkata kebangsaan di auditorium RTM, Kuala Lumpur pada 18 November 2014. Pasukan kami dengan berbekalkan video yang bertajuk , "Persahabatan" akan dinilai untuk peringkat kebangsaan pula bersaing dengan 13 buah negeri yang lain.








Kami bertolak dari SMk Munshi Abdullah pada pukul 9.30 pagi dengan menaiki bas sekolah yang ditaja oleh pihak SKMM. Seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring yang turut serta ke sana. Dalam perjalanan ke sana, di dalam bas kami dihiburkan dengan tayangan video filem hindustan untuk menghilangkan kebosanan.


Pada pukul 11.00, kami singgah di R& R Seremban untuk mengalas perut kerana ada pelajar yang masih belum bersarapan pagi.  Kami bertolak kembali pada pukul 11.40 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 12.30 tgh. Timbul kekeliruaan kerana pemandu bas hampir sesat jalan tetapi nasib menyebelahi kami kerana ada kemudahan 'wave' di dalam i-pad yang dapat membantu menunjukkan arah jalan yang betul. Hampir pukul 1.00 petang, akhirnya kami tiba di RTM, Kuala Lumpur.






Kami disambut oleh pihak penganjur dan terlebih dahulu dijamu dengan makan tengahari. Menu istimewa iaitu Nasi Ayam, sememangnya bertuah kami kerana makanannya yang sedap dan istimewa. Sementara menunggu acara yang akan bermula pada pukul 2.30 petang, kami menunaikan kewajiban bersolat jamak taqdim di surau auditorium RTM.







Sementara menunggu dijemput masuk ke dewan auditorium, sempat juga kami meninjau di luar dewan dengan tayangan video 14 buah negeri yang terpilih dalam pertandingan tersebut. Banggalah juga kerana nama SMK Munshi Abdullah terletak paling atas di banner Pertandingan tersebut. Akhirnya pada pukul 1.45 petang, kami sebagai tetamu biasa ni, dijemput masuk untuk memenuhi ruang auditorium.



VIP pada hari ini, Datuk Shabery Cheek
VIP yang hadir, Datuk Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Sebelum acara bermula dalam studio, pengurus produksi memberitahu beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa berada dalam studio. Ini bagi menjamin kelancaran majlis dan juga rakaman yang diadakan. Benda sekali jalan, kalau salah dah tak dapat nak ulang balik. 

Selesai taklimat ringkas, maka muncullah pengacara majlis untuk tahun ini, pelakon yang juga pengacara, iaitu Karl Shafek.

Karl Shafek sebagai pengacara majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Karl Shafek sebagai pengacara majlis

Majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian daripada sekumpulan anak muda. Tak ingat nama kumpulan mereka, tapi gayanya macam budak sekolah menengah. Terhibur! Lebih menarik sebab mereka menggunakan  peralatan muzik yang dinamakan 'Sapelele', gabungan alat muzik Sarawak, Sape dan juga ukulele (yang gitar kecik hawaii tu..).



Persembahan semasa Majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Persembahan menarik yang menggunakan Sapelele

Konsep pada tahun ini, para pemenang daripada setiap negeri dijemput ke atas pentas satu kumpulan demi satu kumpulan, ditunjukkan sedutan video mereka dan diperkenalkan kepada penonton. Ala-ala meraikan pemenang lah tema nya. 

Kumpulan dari Sarawak


Paling seronok, yang menjemput pelajar adalah terdiri daripada orang-orang terkenal dunia seni, iaitu Yana Shamsudin, Zain Saidin dan juga Ajak Shiro. Team Sarawak dijemput oleh Zain Saidin a.k.a Papa Zain. Paling happening tentulah masa Ajak Shiro. Spontan dan kelakar habis! Menteri pun tumpang ketawa dengan gurauannya yang bersahaja.

Yana Shamsudin semasa majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Yana Shamsudin yang comel


Zain Saidin semasa majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Zain Saidin aka Papa Zain


Ajak Shiro semasa majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Ajak Shiro yang kelakar

Diselang selikan dengan acara memperkenalkan para pemenang, ada persembahan nyanyian disediakan. Kali ini banyak menampilkan penyanyi-penyanyi yang memang betul-betul mewakili budaya Malaysia. 

Kita ada Waris yang terkenal dengan lagu "Gadis Jolobu", Iwere yang terkenal dengan lagu "Oghe Kito" dan penyanyi cantik dari Youtube yang dah mula meningkat naik namanya, iaitu Elizabeth Tan dengan lagu popularnya "Knock Knock".



Persembahan Waris semasa Majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Waris yang popular dengan lagu "Gadis Jolobu"


Persembahan Elizabeth Tan semasa Majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Elizabeth Tan yang cantik sedang mendendangkan lagu "Knock Knock"

Selesai sahaja semua persembahan, dan akhirnya, bermula lah acara yang paling dinanti-nantikan, iaitu acara penyampaian hadiah. Tetiba saja terus laju jantung berdegup. Sama saja rasa debarannya seperti tahun lepas. 

Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan kategori aplikasi mudah alih dan juga portal internet. Kategori ini adalah kategori baharu yang buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Liga Remaja Kreatif 2014. Sesi penilaian bermula semasa sesi pitching bersempena dengan KL Converge! yang berlangsung pada bulan September yang lalu. 

Hadiah adalah berupa wang tunai RM5,000 beserta 4 biji iPhone 5S. Giler.. Mana tak jeles kalau tengok hadiahnya. Dan pemenang nya adalah...




JOHAN
Kategori Aplikasi Mudah Alih

Kolej Yayasan Saad Johan Aplikasi Mudah Alih Liga Remaja Kreatif 2014
Kolej Yayasan Saad, Melaka


JOHAN
Kategori Web Portal

SMK Imtiyaz Kuala Terengganu Johan Web Portal Liga Remaja Kreatif 2014
SMK Imtiyaz Kuala Terengganu


Acara kemudiannya disambung kepada kategori video. Acara yang ditunggu-tunggu. Yeah! Jantung berombak dengan begitu dahsyatnya sekali. Tak sabar pulak rasanya nak menunggu detik nama pemenang diumumkan dengan secepat mungkin, supaya cepat sikit habis masa debaran. Penat ok, jantung dok berdebar... hu3

Bagi kategori video, majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan Video Paling Popular. Pemenang bagi Video Paling Popular ditentukan melalui undian pada My1Content. Kesemua 140 video (10 terbaik dari 14 negeri) layak untuk merebut title ini. 

Dan khabarnya, ada sekolah yang undiannya mencecah sehingga 10 000 undian! Hu3.. nak lawan yang sekolah saya, hanya dapat 200 lebih undian je. Kesian toi. Mereka akan membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM2,500. Dan pemenang Video Paling Popular jatuh kepada ..




Video Paling Popular
SMK Kota Kemuning

SMK Kota Kemuning Johan Video Paling Popular Liga Remaja Kreatif 2014


Acara disambung lagi dengan penyampaian hadiah tempat ketiga, kedua dan johan. Punyalah lama dia nak sebut. Pengacara nih memang dah dilatih yer nak bagi saspen? Dia punya nak sebut nama pemenang tu, alahai.. kalau ada yang sakit jantung, confirm dah rebah! Maka dimulakan dengan ..




Ketiga
SMK Cherang Ruku, Kelantan

SMK Cherang Ruku Kelantan Tempat Ketiga Liga Remaja Kreatif 2014


Kedua
SMK Kuhara, Sabah

SMK Kuhara Sabah Tempat Kedua Liga Remaja Kreatif 2014

Dan 

JOHAN Liga Remaja Kreatif 2014, 

Jatuh kepada ....

JOHAN
SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak

SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak Johan Liga Remaja Kreatif 2014


Pemenang Liga Remaja Kreatif 2014


AKhirmya, keputusan telah pun diketahui, walaupun SMK Munshi Abdullah tidak menjuarai Johan Kebangsaan, tetapi sekurang-kurangnya, ini adalah langkah permulaan untuk menempah kejayaan pada tahun hadapan. Bermula pada tahun 2013 dengan 3 kumpulan mendapat saguhati peringkat negeri Melaka. Tahun 2014 2 kumpulan dipilih iaitu saguhati untuk 1 kumpulan dan JOHAN Negeri Melaka untuk satu kumpulan lagi. Sudah cukup bermakna yang pelajar Munshi masih boleh mengapai bintang dengan menewaskan sekolah-sekolah yang hebat di Melaka.


Terima kasih juga kepada semua juri dan pihak MCMC yang telah memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan bakat dan kemahiran. Tanpa peluang yang disediakan oleh MCMC ini, mana mungkin anak-anak di Malaysia mengerah tenaga kreatif mereka bertanding dalam mencari yang terbaik. 
Direka oleh Kamal Munshi | Barisan admin oleh AJK Kelab - SMK Munshi Abdullah , Batu Berendam,Melaka.