Selasa, 18 November 2014

Alhamdulillah, surat yang ditungggu telahpun tiba. Akhirnya Pasukan SMK Munshi Abdullah yang mewakili negeri Melaka untuk Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 telah di jemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah peringkata kebangsaan di auditorium RTM, Kuala Lumpur pada 18 November 2014. Pasukan kami dengan berbekalkan video yang bertajuk , "Persahabatan" akan dinilai untuk peringkat kebangsaan pula bersaing dengan 13 buah negeri yang lain.








Kami bertolak dari SMk Munshi Abdullah pada pukul 9.30 pagi dengan menaiki bas sekolah yang ditaja oleh pihak SKMM. Seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring yang turut serta ke sana. Dalam perjalanan ke sana, di dalam bas kami dihiburkan dengan tayangan video filem hindustan untuk menghilangkan kebosanan.


Pada pukul 11.00, kami singgah di R& R Seremban untuk mengalas perut kerana ada pelajar yang masih belum bersarapan pagi.  Kami bertolak kembali pada pukul 11.40 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 12.30 tgh. Timbul kekeliruaan kerana pemandu bas hampir sesat jalan tetapi nasib menyebelahi kami kerana ada kemudahan 'wave' di dalam i-pad yang dapat membantu menunjukkan arah jalan yang betul. Hampir pukul 1.00 petang, akhirnya kami tiba di RTM, Kuala Lumpur.






Kami disambut oleh pihak penganjur dan terlebih dahulu dijamu dengan makan tengahari. Menu istimewa iaitu Nasi Ayam, sememangnya bertuah kami kerana makanannya yang sedap dan istimewa. Sementara menunggu acara yang akan bermula pada pukul 2.30 petang, kami menunaikan kewajiban bersolat jamak taqdim di surau auditorium RTM.







Sementara menunggu dijemput masuk ke dewan auditorium, sempat juga kami meninjau di luar dewan dengan tayangan video 14 buah negeri yang terpilih dalam pertandingan tersebut. Banggalah juga kerana nama SMK Munshi Abdullah terletak paling atas di banner Pertandingan tersebut. Akhirnya pada pukul 1.45 petang, kami sebagai tetamu biasa ni, dijemput masuk untuk memenuhi ruang auditorium.



VIP pada hari ini, Datuk Shabery Cheek
VIP yang hadir, Datuk Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Sebelum acara bermula dalam studio, pengurus produksi memberitahu beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa berada dalam studio. Ini bagi menjamin kelancaran majlis dan juga rakaman yang diadakan. Benda sekali jalan, kalau salah dah tak dapat nak ulang balik. 

Selesai taklimat ringkas, maka muncullah pengacara majlis untuk tahun ini, pelakon yang juga pengacara, iaitu Karl Shafek.

Karl Shafek sebagai pengacara majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Karl Shafek sebagai pengacara majlis

Majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian daripada sekumpulan anak muda. Tak ingat nama kumpulan mereka, tapi gayanya macam budak sekolah menengah. Terhibur! Lebih menarik sebab mereka menggunakan  peralatan muzik yang dinamakan 'Sapelele', gabungan alat muzik Sarawak, Sape dan juga ukulele (yang gitar kecik hawaii tu..).



Persembahan semasa Majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Persembahan menarik yang menggunakan Sapelele

Konsep pada tahun ini, para pemenang daripada setiap negeri dijemput ke atas pentas satu kumpulan demi satu kumpulan, ditunjukkan sedutan video mereka dan diperkenalkan kepada penonton. Ala-ala meraikan pemenang lah tema nya. 

Kumpulan dari Sarawak


Paling seronok, yang menjemput pelajar adalah terdiri daripada orang-orang terkenal dunia seni, iaitu Yana Shamsudin, Zain Saidin dan juga Ajak Shiro. Team Sarawak dijemput oleh Zain Saidin a.k.a Papa Zain. Paling happening tentulah masa Ajak Shiro. Spontan dan kelakar habis! Menteri pun tumpang ketawa dengan gurauannya yang bersahaja.

Yana Shamsudin semasa majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Yana Shamsudin yang comel


Zain Saidin semasa majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Zain Saidin aka Papa Zain


Ajak Shiro semasa majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Ajak Shiro yang kelakar

Diselang selikan dengan acara memperkenalkan para pemenang, ada persembahan nyanyian disediakan. Kali ini banyak menampilkan penyanyi-penyanyi yang memang betul-betul mewakili budaya Malaysia. 

Kita ada Waris yang terkenal dengan lagu "Gadis Jolobu", Iwere yang terkenal dengan lagu "Oghe Kito" dan penyanyi cantik dari Youtube yang dah mula meningkat naik namanya, iaitu Elizabeth Tan dengan lagu popularnya "Knock Knock".



Persembahan Waris semasa Majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Waris yang popular dengan lagu "Gadis Jolobu"


Persembahan Elizabeth Tan semasa Majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Elizabeth Tan yang cantik sedang mendendangkan lagu "Knock Knock"

Selesai sahaja semua persembahan, dan akhirnya, bermula lah acara yang paling dinanti-nantikan, iaitu acara penyampaian hadiah. Tetiba saja terus laju jantung berdegup. Sama saja rasa debarannya seperti tahun lepas. 

Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan kategori aplikasi mudah alih dan juga portal internet. Kategori ini adalah kategori baharu yang buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Liga Remaja Kreatif 2014. Sesi penilaian bermula semasa sesi pitching bersempena dengan KL Converge! yang berlangsung pada bulan September yang lalu. 

Hadiah adalah berupa wang tunai RM5,000 beserta 4 biji iPhone 5S. Giler.. Mana tak jeles kalau tengok hadiahnya. Dan pemenang nya adalah...




JOHAN
Kategori Aplikasi Mudah Alih

Kolej Yayasan Saad Johan Aplikasi Mudah Alih Liga Remaja Kreatif 2014
Kolej Yayasan Saad, Melaka


JOHAN
Kategori Web Portal

SMK Imtiyaz Kuala Terengganu Johan Web Portal Liga Remaja Kreatif 2014
SMK Imtiyaz Kuala Terengganu


Acara kemudiannya disambung kepada kategori video. Acara yang ditunggu-tunggu. Yeah! Jantung berombak dengan begitu dahsyatnya sekali. Tak sabar pulak rasanya nak menunggu detik nama pemenang diumumkan dengan secepat mungkin, supaya cepat sikit habis masa debaran. Penat ok, jantung dok berdebar... hu3

Bagi kategori video, majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan Video Paling Popular. Pemenang bagi Video Paling Popular ditentukan melalui undian pada My1Content. Kesemua 140 video (10 terbaik dari 14 negeri) layak untuk merebut title ini. 

Dan khabarnya, ada sekolah yang undiannya mencecah sehingga 10 000 undian! Hu3.. nak lawan yang sekolah saya, hanya dapat 200 lebih undian je. Kesian toi. Mereka akan membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM2,500. Dan pemenang Video Paling Popular jatuh kepada ..




Video Paling Popular
SMK Kota Kemuning

SMK Kota Kemuning Johan Video Paling Popular Liga Remaja Kreatif 2014


Acara disambung lagi dengan penyampaian hadiah tempat ketiga, kedua dan johan. Punyalah lama dia nak sebut. Pengacara nih memang dah dilatih yer nak bagi saspen? Dia punya nak sebut nama pemenang tu, alahai.. kalau ada yang sakit jantung, confirm dah rebah! Maka dimulakan dengan ..




Ketiga
SMK Cherang Ruku, Kelantan

SMK Cherang Ruku Kelantan Tempat Ketiga Liga Remaja Kreatif 2014


Kedua
SMK Kuhara, Sabah

SMK Kuhara Sabah Tempat Kedua Liga Remaja Kreatif 2014

Dan 

JOHAN Liga Remaja Kreatif 2014, 

Jatuh kepada ....

JOHAN
SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak

SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak Johan Liga Remaja Kreatif 2014


Pemenang Liga Remaja Kreatif 2014


AKhirmya, keputusan telah pun diketahui, walaupun SMK Munshi Abdullah tidak menjuarai Johan Kebangsaan, tetapi sekurang-kurangnya, ini adalah langkah permulaan untuk menempah kejayaan pada tahun hadapan. Bermula pada tahun 2013 dengan 3 kumpulan mendapat saguhati peringkat negeri Melaka. Tahun 2014 2 kumpulan dipilih iaitu saguhati untuk 1 kumpulan dan JOHAN Negeri Melaka untuk satu kumpulan lagi. Sudah cukup bermakna yang pelajar Munshi masih boleh mengapai bintang dengan menewaskan sekolah-sekolah yang hebat di Melaka.


Terima kasih juga kepada semua juri dan pihak MCMC yang telah memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan bakat dan kemahiran. Tanpa peluang yang disediakan oleh MCMC ini, mana mungkin anak-anak di Malaysia mengerah tenaga kreatif mereka bertanding dalam mencari yang terbaik. 
Direka oleh Kamal Munshi | Barisan admin oleh AJK Kelab - SMK Munshi Abdullah , Batu Berendam,Melaka.