Khamis, 30 Oktober 2014


Tahniah diucapkan kepada kumpulan pelajar perempuan yang mendapat Johan Negeri Melaka untuk Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014. Kumpulan ini juga telah terpilih untuk menerima Sijil Anugerah Skim Galakan Munshi kerana telah mengharumkan nama sekolah.

Anugerah ini diterima bertempat di Hotel Abadi, Melaka Raya, Melaka.
Semoga ianya menjadi pendorong untuk terus berjaya pada tahun hadapan.




Rabu, 29 Oktober 2014



Adakah anda kreatif? jom sertai kami dalam pertandingan KLIP VIDEO dan POSTER Tribute P.Ramlee. Serlahkan bakat anda kepada kami dan menangi hadiah menarik!

 Sila ke pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut lagi.
Pertandingan Tribute P.Ramlee

Selasa, 28 Oktober 2014






Pada 28 Oktober 2014, pukul 2.00 petang unit ICT dari SMK Munshi Abdullah telah pergi ke Pusat Internet 1 Malaysia di Kg. Machap Air Pasir, Melaka.
Tujuan kami ke sana kerana untuk mengambil 10 unit komputer terpakai yang telah disumbangkan oleh pihak tersebut kepada kami untuk kegunaan unit ICT yang boleh memanfaatkan kepada pelajar dan guru di SMK Munshi Abdullah.
Pihak warga Munshi mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang tidak ternilai ini kepada Pusat Internet Kg Machap Air Pasir.

Isnin, 27 Oktober 2014

Takwim Sekolah 2015

Takwim persekolahan bagi tahun 2015 sudah dikeluarkan di laman web KPM. Berikut adalah jadual takwim mengikut 2 kumpulan yang berbeza.

Kumpulan A
Negeri yang bersekolah pada hari Ahad : Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor.

Kumpulan B
Negeri yang bersekolah pada hari Isnin : Perlis,Pulau Pinang,Perak,Selangor,Negeri Sembilan,Melaka,Pahang,Sabah,Sarawak,WP Kuala Lumpur,WP Putrajaya,WP Labuan.

______________________________________

Ahad, 26 Oktober 2014



Berikut adalah keputusan Johan setiap negeri yang akan mewakili ke Peringkat Kebangsaan yang mungkin akan diadakan pada awal bulan September 2014.

1. JOHAN SELANGOR - SMK Bandar Tasik Puteri
2. JOHAN NEGERI SEMBILAN - SMK Dato' Abdul Razak
3. JOHAN WP KUALA LUMPUR - SMKA Kuala Lumpur
4. JOHAN JOHOR - SMK Maokil, Labis
5. JOHAN PERLIS - SMK Agama (P) Alawiyah
6. JOHAN KEDAH - SMK Mokhtar
7. JOHAN PULAU PINANG - SMK Tun Syed Sheh Barakbah
8. JOHAN PERAK - Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
9. JOHAN SARAWAK - SMK Luar Bandar No. 1 Sibu
10. JOHAN SABAH - SMK Kuhara, Tawau
11. JOHAN KELANTAN - SMK Cherang Ruku
12. JOHAN TERENGGANU - SMKA Nurul Ittifaq
13. JOHAN PAHANG - SMK Clifford
14. JOHAN MELAKA - SMK Munshi Abdullah
  

Khamis, 9 Oktober 2014




Pada 08 Oktober 2014, dua kumpulan pelajar telah terpilih sebagai 10 finalis mewakili zon Selatan untuk negeri Melaka menyertai Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 bertemakan "Jalur Lebar melalui Pendidikan". Satu kumpulan dengan hasil karya "Persahabatan" dan satu kumpulan lagi bertajuk "Masa" telah pergi ke Hotel Thistle, Johor Bahru untuk menerima hadiah kemenangan.

Tidak disangka kerana hasil karya video bertajuk "Persahabatan" telah diumumkan sebagai Johan mewakili negeri Melaka dengan menerima hadiah berupa RM5000 dan kamera digital serta sijil. Secara tidak langsung, Video bertajuk "Persahabatan" layak untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur kelak.

Hasil karya bertajuk "Masa" hanya mendapat saguhati dengan menerima hadiah berupa RM500 beserta sijil penghargaan.

Peningkatan pencapaian kepada Kelab Multimedia Kreatif kerana pada tahun 2013, tiga kumpulan telah terpilih untuk 10 finalis tetapi ketiga-tiga kumpulan tersebut hanya berjaya menerima saguhati sahaja.

Tahniah diucapkan kepada peserta SMK Munshi Abdullah.

Rabu, 8 Oktober 2014


Video "Persahabatan" Johan Liga Remaja Kreatif 2014 mewakili negeri Melaka untuk peringkat Zon Selatan.



Direka oleh Kamal Munshi | Barisan admin oleh AJK Kelab - SMK Munshi Abdullah , Batu Berendam,Melaka.