Jumaat, 28 November 2014

Mula berkecimpung dengan dunia blogging. Pelbagai cabaran dan halangan sepanjang tempoh tersebut. Dalam tempoh tersebut jugak la banyak belajar mengenai ilmu-ilmu yang berkaitan dunia blog. Ilmu-ilmu tersebut banyak belajar sendiri kerana banyak tutorial kat google tu. Cuma perlu ada usaha dan kerajinan untuk mempelajari sesuatu yang kita tidak tahu. Di permulaan menceburi dunia blog ini, memang anda akan rasa zero pengetahuan mengenai semua ini. Bukan anda seorang begitu, tapi semua. Semua orang bermula dari bawah sehingga mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang berfaedah dengan blog mereka. Di sini ingin dikongsikan beberapa cara mudah meningkatkan trafik blog.

CARA MUDAH MENINGKATKAN TRAFIK BLOG


NAMA BLOG

Setiap platform blog mesti mempunyai nama yang tersendiri. Ianya bergantung bergantung owner yang mengendalikan blog tersebut. Pemilihan nama blog adalah sangat penting kerana ianya adalah tunjang untuk orang mengenali dan mengingati blog kita. Kalau boleh, biar la nama blog dan url yang diberikan senang nak sebut, ingati dan yang paling penting adalah senang nak taip di google search. Kebanyakkan nama-nama blog yang banyak digunakan oleh blogger-blogger otai datang dari nama sendiri atau nama panggilan.

TAJUK ENTRI

Tajuk entri juga adalah satu part yang boleh meningkatkan traffik blog. Bagaimana ianya dapat menaikkan traffik blog?. Tajuk yang menarik boleh meningkatkan persepsi pengunjung untuk membuka entri yang anda buat. Buat la tajuk yang berpotensi untuk orang ambik tahu mengenai apa yang kita tulis dalam sesuatu entri. Macam saya sendiri, walaupun tidak pernah mengenali blog tersebut, tapi dengan tajuk entri yang menarik telah cenderung untuk saya klik entri tersebut bagi mengetahui isi kandungan entri itu. Isi kandungan entri mesti berkaitan dengan tajuk entri yang diberikan. Jangan pulak buat tajuk entri pasal A, tapi isi kandungannya pasal B. Dah terpesong namanya tu. Buat la tajuk entri dengan jujur. Jangan kerana ingin menarik traffik yang tinggi, buat tajuk yang hot..tapi, isinya langsung tiada kaitan dengan tajuk. Kalau macam tu, pengunjung akan singgah sekali sahaja. Lepas daripada itu, kita update apa-apa pun orang dah tak nak layan.


KEYWORDS

Penggunaan keyword pada tajuk entri dan dalam entri sangat mempengaruhi traffik blog. Keywords yang boleh meningkatkan traffik yang tinggi ialah keyword yang berkaitan dengan trend yang orang hangat perkatakan pada sesuatu masa. Sebagai contoh, saya pernah mengeluarkan entri berkaitan salji di malaysia. Sehingga kini entri tersebut telah views sebanyak lebih 30 ribu. Ianya kerana, minggu lepas isu mengenai salji akan turun di Malaysia menjadi topik hangat di laman-laman sosial. Daripada isu tersebut, kita boleh mengambil peluang membuat entri berkaitan dengan isu tersebut menggunakan keyword "salji" dan "Malaysia". Kalau nak lebih senang untuk mengetahui keyword yang tengah hot, rajin-rajin la cari keyword yang top di enjin pencarian google.

PING BLOG DAN PING ENTRI

Ini adalah salah satu cara yang mudah untuk mendapatkan traffik ke blog anda. Tak kira la blog anda baru atau lama. Anda boleh menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan Pageviews blog anda. Caranya sangat mudah, cuma anda perlu daftar blog anda di laman-laman ping yang ada. Antara laman ping yang banyak digunakan oleh blogger ialah PingBusuk, OhBelog.comGuaBlog.com dan Blogr.my. Untuk mengetahui banyak lagi mengenai laman ping, anda boleh mengunjungi di entri ini 11 Laman Ping Pilihan Untuk Blog Malaysia. 

Ini sahaja cara yang mudah untuk mendapatkan meningkatkan traffik di blog anda. Kalau ikutkan, banyak lagi cara untuk meningkatkan traffik, cuma anda perlu berusaha lebih untuk mencari ilmu-ilmu tersebut. Semoga sedikit pengkongsian ini boleh memberi panduan kepada blogger-blogger yang baru dalam memulakan penglibatan dalam dunia blogging ini. Semuanya mudah untuk kita pelajari, cuma usaha dan semangat yang diperlukan untuk kita berjaya dalam sesuatu bidang kita ceburi.

Selasa, 18 November 2014

Alhamdulillah, surat yang ditungggu telahpun tiba. Akhirnya Pasukan SMK Munshi Abdullah yang mewakili negeri Melaka untuk Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 telah di jemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah peringkata kebangsaan di auditorium RTM, Kuala Lumpur pada 18 November 2014. Pasukan kami dengan berbekalkan video yang bertajuk , "Persahabatan" akan dinilai untuk peringkat kebangsaan pula bersaing dengan 13 buah negeri yang lain.








Kami bertolak dari SMk Munshi Abdullah pada pukul 9.30 pagi dengan menaiki bas sekolah yang ditaja oleh pihak SKMM. Seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring yang turut serta ke sana. Dalam perjalanan ke sana, di dalam bas kami dihiburkan dengan tayangan video filem hindustan untuk menghilangkan kebosanan.


Pada pukul 11.00, kami singgah di R& R Seremban untuk mengalas perut kerana ada pelajar yang masih belum bersarapan pagi.  Kami bertolak kembali pada pukul 11.40 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 12.30 tgh. Timbul kekeliruaan kerana pemandu bas hampir sesat jalan tetapi nasib menyebelahi kami kerana ada kemudahan 'wave' di dalam i-pad yang dapat membantu menunjukkan arah jalan yang betul. Hampir pukul 1.00 petang, akhirnya kami tiba di RTM, Kuala Lumpur.






Kami disambut oleh pihak penganjur dan terlebih dahulu dijamu dengan makan tengahari. Menu istimewa iaitu Nasi Ayam, sememangnya bertuah kami kerana makanannya yang sedap dan istimewa. Sementara menunggu acara yang akan bermula pada pukul 2.30 petang, kami menunaikan kewajiban bersolat jamak taqdim di surau auditorium RTM.







Sementara menunggu dijemput masuk ke dewan auditorium, sempat juga kami meninjau di luar dewan dengan tayangan video 14 buah negeri yang terpilih dalam pertandingan tersebut. Banggalah juga kerana nama SMK Munshi Abdullah terletak paling atas di banner Pertandingan tersebut. Akhirnya pada pukul 1.45 petang, kami sebagai tetamu biasa ni, dijemput masuk untuk memenuhi ruang auditorium.



VIP pada hari ini, Datuk Shabery Cheek
VIP yang hadir, Datuk Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Sebelum acara bermula dalam studio, pengurus produksi memberitahu beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa berada dalam studio. Ini bagi menjamin kelancaran majlis dan juga rakaman yang diadakan. Benda sekali jalan, kalau salah dah tak dapat nak ulang balik. 

Selesai taklimat ringkas, maka muncullah pengacara majlis untuk tahun ini, pelakon yang juga pengacara, iaitu Karl Shafek.

Karl Shafek sebagai pengacara majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Karl Shafek sebagai pengacara majlis

Majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian daripada sekumpulan anak muda. Tak ingat nama kumpulan mereka, tapi gayanya macam budak sekolah menengah. Terhibur! Lebih menarik sebab mereka menggunakan  peralatan muzik yang dinamakan 'Sapelele', gabungan alat muzik Sarawak, Sape dan juga ukulele (yang gitar kecik hawaii tu..).



Persembahan semasa Majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Persembahan menarik yang menggunakan Sapelele

Konsep pada tahun ini, para pemenang daripada setiap negeri dijemput ke atas pentas satu kumpulan demi satu kumpulan, ditunjukkan sedutan video mereka dan diperkenalkan kepada penonton. Ala-ala meraikan pemenang lah tema nya. 

Kumpulan dari Sarawak


Paling seronok, yang menjemput pelajar adalah terdiri daripada orang-orang terkenal dunia seni, iaitu Yana Shamsudin, Zain Saidin dan juga Ajak Shiro. Team Sarawak dijemput oleh Zain Saidin a.k.a Papa Zain. Paling happening tentulah masa Ajak Shiro. Spontan dan kelakar habis! Menteri pun tumpang ketawa dengan gurauannya yang bersahaja.

Yana Shamsudin semasa majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Yana Shamsudin yang comel


Zain Saidin semasa majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Zain Saidin aka Papa Zain


Ajak Shiro semasa majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Ajak Shiro yang kelakar

Diselang selikan dengan acara memperkenalkan para pemenang, ada persembahan nyanyian disediakan. Kali ini banyak menampilkan penyanyi-penyanyi yang memang betul-betul mewakili budaya Malaysia. 

Kita ada Waris yang terkenal dengan lagu "Gadis Jolobu", Iwere yang terkenal dengan lagu "Oghe Kito" dan penyanyi cantik dari Youtube yang dah mula meningkat naik namanya, iaitu Elizabeth Tan dengan lagu popularnya "Knock Knock".



Persembahan Waris semasa Majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Waris yang popular dengan lagu "Gadis Jolobu"


Persembahan Elizabeth Tan semasa Majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Elizabeth Tan yang cantik sedang mendendangkan lagu "Knock Knock"

Selesai sahaja semua persembahan, dan akhirnya, bermula lah acara yang paling dinanti-nantikan, iaitu acara penyampaian hadiah. Tetiba saja terus laju jantung berdegup. Sama saja rasa debarannya seperti tahun lepas. 

Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan kategori aplikasi mudah alih dan juga portal internet. Kategori ini adalah kategori baharu yang buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Liga Remaja Kreatif 2014. Sesi penilaian bermula semasa sesi pitching bersempena dengan KL Converge! yang berlangsung pada bulan September yang lalu. 

Hadiah adalah berupa wang tunai RM5,000 beserta 4 biji iPhone 5S. Giler.. Mana tak jeles kalau tengok hadiahnya. Dan pemenang nya adalah...




JOHAN
Kategori Aplikasi Mudah Alih

Kolej Yayasan Saad Johan Aplikasi Mudah Alih Liga Remaja Kreatif 2014
Kolej Yayasan Saad, Melaka


JOHAN
Kategori Web Portal

SMK Imtiyaz Kuala Terengganu Johan Web Portal Liga Remaja Kreatif 2014
SMK Imtiyaz Kuala Terengganu


Acara kemudiannya disambung kepada kategori video. Acara yang ditunggu-tunggu. Yeah! Jantung berombak dengan begitu dahsyatnya sekali. Tak sabar pulak rasanya nak menunggu detik nama pemenang diumumkan dengan secepat mungkin, supaya cepat sikit habis masa debaran. Penat ok, jantung dok berdebar... hu3

Bagi kategori video, majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan Video Paling Popular. Pemenang bagi Video Paling Popular ditentukan melalui undian pada My1Content. Kesemua 140 video (10 terbaik dari 14 negeri) layak untuk merebut title ini. 

Dan khabarnya, ada sekolah yang undiannya mencecah sehingga 10 000 undian! Hu3.. nak lawan yang sekolah saya, hanya dapat 200 lebih undian je. Kesian toi. Mereka akan membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM2,500. Dan pemenang Video Paling Popular jatuh kepada ..




Video Paling Popular
SMK Kota Kemuning

SMK Kota Kemuning Johan Video Paling Popular Liga Remaja Kreatif 2014


Acara disambung lagi dengan penyampaian hadiah tempat ketiga, kedua dan johan. Punyalah lama dia nak sebut. Pengacara nih memang dah dilatih yer nak bagi saspen? Dia punya nak sebut nama pemenang tu, alahai.. kalau ada yang sakit jantung, confirm dah rebah! Maka dimulakan dengan ..




Ketiga
SMK Cherang Ruku, Kelantan

SMK Cherang Ruku Kelantan Tempat Ketiga Liga Remaja Kreatif 2014


Kedua
SMK Kuhara, Sabah

SMK Kuhara Sabah Tempat Kedua Liga Remaja Kreatif 2014

Dan 

JOHAN Liga Remaja Kreatif 2014, 

Jatuh kepada ....

JOHAN
SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak

SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak Johan Liga Remaja Kreatif 2014


Pemenang Liga Remaja Kreatif 2014


AKhirmya, keputusan telah pun diketahui, walaupun SMK Munshi Abdullah tidak menjuarai Johan Kebangsaan, tetapi sekurang-kurangnya, ini adalah langkah permulaan untuk menempah kejayaan pada tahun hadapan. Bermula pada tahun 2013 dengan 3 kumpulan mendapat saguhati peringkat negeri Melaka. Tahun 2014 2 kumpulan dipilih iaitu saguhati untuk 1 kumpulan dan JOHAN Negeri Melaka untuk satu kumpulan lagi. Sudah cukup bermakna yang pelajar Munshi masih boleh mengapai bintang dengan menewaskan sekolah-sekolah yang hebat di Melaka.


Terima kasih juga kepada semua juri dan pihak MCMC yang telah memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan bakat dan kemahiran. Tanpa peluang yang disediakan oleh MCMC ini, mana mungkin anak-anak di Malaysia mengerah tenaga kreatif mereka bertanding dalam mencari yang terbaik. 

Jumaat, 14 November 2014

Permohonan online ke Tingkatan 4 bagi MRSM di Semenanjung Malaysia pada tahun 2015 telah dibuka. Permohonan secara atas talian ini mempelawa pemohon berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik bagi memohon untuk kemasukan pada tahun depan. 


Syarat Permohonan Online
1. Pelajar bumiputera tingkatan 3 yang bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.
2. Pelajar bukan bumiputera tingkatan 3 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
3. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) tidak dibenarkan memohon.
4. Pemohon mestilah sekurang-kurangnya LULUS bagi matapelajaran Sains dan Matematik dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3


Syarat Kelayakan Masuk MRSM
Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak termasuk matapelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi matapelajaran Sains dan Matematik.

Cara Memohon Kata Laluan
1. Dapatkan kata laluan secara percuma daripada Pejabat MARA Negeri, atau Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula 3 November 2014 sehingga 17 November 2014. 
2. Bawa salinan kad pengenalan dan keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3 yang telah disahkan serta angka giliran semasa Pentaksiran Tingkatan 3 bagi mendapatkan kata laluan
4. Semua maklumat dalam borang permohonan perlu diisi dan dihantar secara online.

5. Borang dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan ke alamat yang disediakan


(Permohonan ke Tingkatan Empat 2015)
Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut
50609 KUALA LUMPUR



Tarikh Penting
1. Tarikh permohonan dilanjutkan kepada 17 November 2014
2. Tarikh akhir hantar dokumen ke Ibu Pejabat MARA  adalah 24 November 2014
3. Tarikh Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM UKKM masih kekal pada 24 - 27 November 2014
4. Tarikh semakan keputusan permohonan pada bulan Februari 2015
5. Tarikh akhir menunggu keputusan permohonan adalah pada 30 April 2015


* Syarat dan Panduan boleh rujuk di SINI
* Maklumat lanjut di laman web MARA di SINI

Rabu, 12 November 2014

Secara ringkas, Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) khusus untuk guru-guru baharu yang pertama kali ditempatkan mengajar di sekolah menengah dan rendah mulai tahun 2011. Bermula tahun 2012, pelaksanaan PPGB akan dipantau sebanyak 2 kali setahun. 

Program ini akan berjalan selama setahun bermula dari hari pertama guru baharu ditempatkan (posting). Guru-guru baharu akan dibimbing oleh guru mentor yang dilantik pihak sekolah. Bimbingan dan tunjuk ajar meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, pengurusan tugas dan program sekolah, pelaksanaan ko-kurikulum dan beberapa aspek yang berkaitan dengan hal ehwal murid.

BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme Guru Baharu bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. Ia merupakan proses memasyarakatkan Guru Baharu supaya dapat menyesuaikan ilmu dan kemahiran yang sedia ada dengan prosedur, sistem sekolah dan penguasaan pengajaran yang berkesan.

Maklumat lanjut bolehlah meneliti buku panduan edisi ke 3 tahun 2014 seperti di bawah. 


Folio PPGB

Pada akhir proses bimbingan ini, guru baharu perlulah menyiapkan Folio PPGB yang mengandungi maklumat berikut: 


Ahad, 9 November 2014

Musim peperiksaan SPM dan STPM telah pun tiba. Mungkin calon-calon sekarang sedang bertungkus-lumus cuba menjawab berdasarkan persediaan yang telah dibuat dari awal. Disamping itu, kita jangan lupa untuk memohon kepada yang esa agar dipermudahkan segala-galanya.
Ada zikir yang boleh diamalkan, sebagai penenang jiwa untuk menghadapi peperiksaan. Selepas solat 5 waktu, rajin-rajinlah amalkan. Boleh juga diamalkan sebelum masuk dalam dewan peperiksaan.
Semoga segala hajat kita dipermudahkan oleh Allah.



1. Subhanallah   (33 x)
2. Alhamdulillah  ( 33 x)
3. Allahuakbar  ( 33 x)

4. "INNA HAAZA, LARIZKUNA MA LAHU MIN NAFAD'    ( 33 x)

5. Doakan dalam hati agar dipermudahkan segala urusan.

Sabtu, 8 November 2014

Permohonan secara online untuk kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik sudah dibuka bagi ambilan tahun 2015. Bagi calon PT3 2014 yang berminat, anda sudah boleh mula memohon bagi kemasukan dengan pelbagai pilihan kursus dan bidang. Permohonan online ini dibuka bermula 3 November sehingga 14 Disember 2014.



Bagi yang nak kan maklumat dan info lebih lanjut, boleh sambung bacaan anda di bawah. InshaAllah maklumat-maklumat ini boleh membantu.


Syarat Umum
1) Warganegara Malaysia
2) Calon Tingkatan 3 yang telah menduduki PT3
3) Sihat tubuh badan
4) Bebas daripada sakit kronik
5) Berminat dengan program yang dipohon


Syarat Khusus 
sila rujuk SINI


Maklumat Yang Diperlukan Semasa Mengisi Borang
1) Maklumat peribadi
2) Pilihan kursus
3) Maklumat Pentaksiran Sekolah PT3
4) Maklumat PAJSK dan Psikometrik


Tarikh Kemasukan
12 Januari 2015 : Program Kolej Vokasional
26 Januari 2015 : Program Sekolah Menengah Teknik

Cerita arnab dan kura-kura sememangnya sudah sinonim sebagai satu cerita rakyat yang bertujuan sebagai pengajaran kepada kanak-kanak agar jangan sombong dan bongkak dengan kebolehan yang ada serta memandang rendah kepada kaum yang lain.
Itu cerita dahulu, bagaimana pula cerita tersebut jika ditukarkan versinya tetapi masih mengekalkan konsep mendidik.
Cuba saksikan video animasi tersebut yang cukup terkesan dan baik untuk kita sebagai pengajaran.

Isnin, 3 November 2014


Peperiksaan SPM telah pun bermula. Sememangnya calon SPM akan menghadapinya dengan seribu satu macam kerenah. Yang bersedia dari awal, akan menghadapinya dengan tenang. Tetapi yang ikut mood belajar, hanya mampu berserah pada takdir. 
Itulah ragam calon SPM. Begitulah juga guru-guru, risau memanjang dengan gelagat anak muridnya yang akan menduduki peperiksaan SPM. Sedangkan anak muridnya selamba tidak ambil kisah. Peperiksaan SPM dianggap seperti peperiksaan bulanan di sekolah. 
Harapan saya, berusahalah setakat daya yang mampu, dan yang lain berserah kepada yang Ilahi. 

Selamat menduduki Peperiksaan SPM, wahai anak didikku.

Ahad, 2 November 2014

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.



Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.


Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.

1.  Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.


2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.


3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu


4. Tree Map (Peta Pokok) 
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.


5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.


6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.


7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.


8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.


Direka oleh Kamal Munshi | Barisan admin oleh AJK Kelab - SMK Munshi Abdullah , Batu Berendam,Melaka.